Friday, September 11, 2009

PUASA...?

Untuk renungan bersama bila kita berbuka puasa ....
Aku telah menemui sebuah rumah yang usang.
Rumah itu hanya berdindingkanbuluh bertanggakan batang kelapa.
Di serambi rumah itu ada beberapa anakkecil yang kelihatan lesu dan letih.
Aku hampiri mereka lalu bertanyakepada yang paling tua antara mereka,
seorang kakak yang berumur barukira-kira 11 tahun
:"Mana emak?
""Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?"
Di situ ada seorang bayidalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik?"
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je makcik, puasa ke tidak..
Kami ni makan sekali je sehari..."Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi
"Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu.."
."Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa "
.Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding
bulan lainkerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih.
Ada saja orang yanghantar.
Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan.
Kebetulan di simpang
jalan ada orang menjual daging lembu tempatan.
Aku beli satu kilo tulang
lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup
dan sepuluh kilo berasuntuk disedekahkan kepada keluarga itu.
Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya,
dia melompat kegembiraansambil menjerit
"Yeh yeh..!
Kita dapat makan daging malam ni..!".
Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat.
Dia memberitahuaku,
sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang
mereka berpeluangmakan daging lembu sekali lagi.
Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu.
Bila mereka melihat akudatang,
mereka girang menyambutku di pintu rumah.
Kebetulan pada hari ituaku sempat berjumpa dengan ibu mereka.
Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar
:Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu
padaku bahawa mereka sudahseminggu makan
sup tulang yang aku berikan hari itu.
"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah makcik..
"Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia
lakukan hinggakan sup itu bolehtahan sampai satu minggu?
Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,
diatelah berpesan kepada anak-anaknya
agar tidak membuangkan tulang yang telah
dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu
dan merebusnya semulauntuk dimakan pada hari berikutnya.
Itulah yang dia lakukan setiap hari.
Dia berkata
"Kalau tidak dapat makan isi,
hirup air rebusan tulang pun dahlebih dari cukup untuk anak-anak saya.
Dia orang suka sangat.
"Aku bertanya lagi
"Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari.
"Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku
sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang
direbus semula sepanjanghidup anda?
Atau adakah anda buang saja tulang itu
beserta daging-dagingyang ada padanya kerana
anda kata ianya
"TAK SEDAP"?
Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang
hinggakan kita lupa bahawa
kalaupun kita susah, masih ramai lagi
orang yang lebih susah dari kita.
Sedih beb......