Friday, September 11, 2009

PUASA...?

Untuk renungan bersama bila kita berbuka puasa ....
Aku telah menemui sebuah rumah yang usang.
Rumah itu hanya berdindingkanbuluh bertanggakan batang kelapa.
Di serambi rumah itu ada beberapa anakkecil yang kelihatan lesu dan letih.
Aku hampiri mereka lalu bertanyakepada yang paling tua antara mereka,
seorang kakak yang berumur barukira-kira 11 tahun
:"Mana emak?
""Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?"
Di situ ada seorang bayidalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik?"
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je makcik, puasa ke tidak..
Kami ni makan sekali je sehari..."Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi
"Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu.."
."Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa "
.Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding
bulan lainkerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih.
Ada saja orang yanghantar.
Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan.
Kebetulan di simpang
jalan ada orang menjual daging lembu tempatan.
Aku beli satu kilo tulang
lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup
dan sepuluh kilo berasuntuk disedekahkan kepada keluarga itu.
Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya,
dia melompat kegembiraansambil menjerit
"Yeh yeh..!
Kita dapat makan daging malam ni..!".
Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat.
Dia memberitahuaku,
sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang
mereka berpeluangmakan daging lembu sekali lagi.
Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu.
Bila mereka melihat akudatang,
mereka girang menyambutku di pintu rumah.
Kebetulan pada hari ituaku sempat berjumpa dengan ibu mereka.
Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar
:Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu
padaku bahawa mereka sudahseminggu makan
sup tulang yang aku berikan hari itu.
"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah makcik..
"Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia
lakukan hinggakan sup itu bolehtahan sampai satu minggu?
Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,
diatelah berpesan kepada anak-anaknya
agar tidak membuangkan tulang yang telah
dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu
dan merebusnya semulauntuk dimakan pada hari berikutnya.
Itulah yang dia lakukan setiap hari.
Dia berkata
"Kalau tidak dapat makan isi,
hirup air rebusan tulang pun dahlebih dari cukup untuk anak-anak saya.
Dia orang suka sangat.
"Aku bertanya lagi
"Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari.
"Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku
sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang
direbus semula sepanjanghidup anda?
Atau adakah anda buang saja tulang itu
beserta daging-dagingyang ada padanya kerana
anda kata ianya
"TAK SEDAP"?
Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang
hinggakan kita lupa bahawa
kalaupun kita susah, masih ramai lagi
orang yang lebih susah dari kita.
Sedih beb......

Friday, June 12, 2009

keje ker blaja??

aku bukan anak org kaya..
memang aku dapat ptptn..
tapi aku tak berjaya utk jd mcm org lain..
aku penat..
aku bosan dgn kehidupan aku..
tapi aku kena teruskan jugak..
hidup bukan senang..

Saturday, March 14, 2009

iBu..

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

'Saya SayangkanIbu'.Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang sama ditulisnya.

MaRaH..???!!

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.


Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.


Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.

Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Thursday, March 12, 2009

Kalau anda pikir anda masih islam bacalah...kalau tidak......Allah saja yang tahu... Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini.... kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-) Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah... " Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... " " Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..." "Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..." "Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dsalam al Quran" "Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia" "Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa.. Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan ???/ Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka email ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? wallahuaallam

}

Monday, March 2, 2009

GENERASI MUDA LEBIH GEMARKAN BERITA DALAM TALIAN
Generasi muda pada zaman moden sekarang gemar
menggunakan berita dalam talian atau lebih dikenali sebagai internet.
Isu ini sangat kuat mengatakan yang mereka lebih cenderung
untuk belajar tentang sesuatu yang baru dalam kehidupan seharian.
Sebagaimana yang kita tahu, internet merupakan satu fenomena baru yang membawa
perubahan kepada ekonomi, masyarakat dan individu secara umumnya.
Kita sering kaitkan generasi muda dengan sesuatu yang baru.
Oleh sebab itu mereka telah terdidik untuk mencuba
sesuatu yang baru yang yang boleh memberi kelainan kepada mereka.
Mereka tidak akan fikir tentang keburukan atau kebaikan apa
sahaja yang mereka ingin lakukan.
Terutamanya dalam penggunaan internet, mereka
tidak mempunyai sekatan apa-apa
untuk melayari terus aliran tersebut. Malah mereka sangat
bijak untuk mencari sesuatu yang berlainan dalam kehidupan mereka seharian.

Sebagai contoh, Malaysia sekarang mempunyai penduduk
yang semakin hari semakin bertambah. Kita dapat lihat ramai
anak muda atau golongan muda yang sedang meningkat naik.
Mereka kebanyakkannya berpelajaran tinggi dan setiap
salah seorang dari mereka memang meminati internet.
Mereka mempunyai alas an yang kukuh kenapa mereka menyukai internet.
Contohnya pelajar institusi pengajian tinggi,
diploma, kebanyakkan kerja kursus yang diberi memerlukan maklumat yang banyak.
Mereka tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk menalaah buku
yang mengandungi 100 muka surat hanya untuk mendapatkan maklumat.

Dari aspek inilah mereka memilih internet untuk menjadi
teman ketika mereka memerlukan maklumat atau apa-apa sahaja keperluan yang mereka inginkan. Pelajar ijazah, banyak menggunakan teori-teori untuk
menyiapkan setiap kerja kursus yang diberikan.
Mereka memang tidak mempunyai masa untuk ke perpustakaan
dan mencari buku-buku ilmiah semata-mata hanya untuk mendapatkan satu teori sahaja.
Mereka akan menggunakan internet untuk mencari
teori tersebut dan akan ditunjukkan kepada pensyarah
terlebih dahulu barulah mereka akan ke perpustakaan
dan mencari buku yang berkenaan dengan teori tersebut.

Sebagai pelajar, itulah cara terbaik yang digunakan
untuk mendapatkan pelbagai maklumat. Kadang-kadang
maklumat yang ada dalam internet tidak boleh dijumpai diluar.
Sebagai contohnya, pelajar tersebut dikehendaki untuk menyiasat
tentang mana asalnya Monalisa dan sejarah keluarga turun temurunnya.
Di Malaysia kita tidak megah dengan buku-buku ilmiah.
Oleh sebab itu ramai pelajar sekarang lebih gemar untuk menggunakan internet.
Pelbagai maklumat mereka boleh perolehi.
Taip sahaja kata kekunci maklumat yang ingin dicari,
beribu maklumat yang akan keluar. Kita hanya memilih yang
mana terbaik dan simpan.
Fenomena internet ini memang menjimatkan masa para penggunanya.
Walaupun begitu ada juga anak muda yang menggunakan
internet sebagai tempat untuk berkenalan dengan pelbagai
kaum, bangsa dan agama didalam dan luar Negara.
Contohnya, anak muda sekarang gemarkan laman
Friendster, Myspace dan sebaginya. Mereka menggunakan
kemudahan ini untuk berkenalan dan sebagainya.
Namun setiap perkara tetap ada baik dan buruknya.
Kebanyakkan remaja atau anak muda yang terlalu asyik dengan aktiviti ini,
mengundang kepada pelbagai masalah sosial yang lain.
Mereka mungkin terdedah dengan masalah-masalah
seperti mengandung luar nikah, lari rumah dan macam-macam lagi.
Namun tidak semua anak muda yang menggunakan kelebihan internet
kearah yang keburukan.
Mereka gemarkan internet kerana membantu mereka
dalam banyak perkara. Pelajaran, hiburan,
pengetahuan dan sebagainya.
Kebanyakkan dari mereka juga sekarang
memilih untuk membaca akhbar dalam internet.
Alasan yang diberikan ialah jimat masa dan tenaga.
Secara puratanya, pelajar akan menelaah
pelajaran 6-7 jam sehari selain daripada waktu kuliah atau kelas.
Masa untuk membaca mungkin lebih kurang 3 jam sahaja.
Dan selebihnya menghafal, mengira dan sebagainya.
Waktu yang ada itulah digunakan untuk
mereka melayari internet dan mencari bahan
pembelajaran yang diperlukan.
Dalam masa yang sama, mereka hanya menggunakan 30 minit
sahaja untuk mengetahui semua berita-berita yang terkandung
dalam akhbar setiap hari tanpa keluar dan beli akhbar tersebut di pekan.
Itulah kemudahan yang digunakan anak muda zaman sekarang
tanpa mengeluarkan wang dan sebagainya,
mereka mampu untuk berdiri lebih baik daripada zaman-zaman dahulu.
Kadangkala mereka juga banyak membuang masa mencari
sesuatu yang tidak berfaedah dalam internet.
Maksudnya sesuatu yang tidak sepatutnya mereka tahu dan pelajari.
Tetapi sudah menjadi sebatian dalam diri remaja dan anak muda,
mereka ingin mencuba. Samada ianya mendatangkan hasil yang buruk atau baik,
itu tidak penting. Apa yang mereka tahu,
maklumat yang diigini sampai dan tepat.
Pelajar atau anak muda yang obses dengan internet boleh
membawa wabak yang serius dalam kehidupan sehariannya.
Sebagaimana yang kita tahu,
internet mempunyai pelbagai maklumat
samada hiburan sehinggalah kepada informasi sesuatu.
Apa yang penting, internet memang menjadi kegilaan remaja
dan anak muda pada zaman yang serba moden ini.
Mereka sekarang lebih berani untuk muat turun video
atau lagu-lagu kegemaran mereka. Ini kerana
internet menyediakan pelbagai kemudahan untuk
dimuat turun tanpa sebarang bayaran. Mereka boleh
dengar kembali lagu-lagu piring hitam yang
dicipta sebelum kelahiran mereka lagi.
Semuanya terletak dihujung jari. Tanpa perlu fikir
tentang tajuk lagu atau apa sahaja.
Hanya taip “lagu evergreen”, semua maklumat akan keluar.
Dengan hanya semudah itu sahaja.
Mereka tidak perlu keluar ke kedai-kedai cd
dan kaset untuk mencari bahan tersebut.

Mereka juga sekarang boleh membuat laman web tersendiri
untuk berkongsi pengalaman, masalah dan sebagainya.
Paling popular sekarang ialah laman Blogger.
Laman ini menyediakan laman peribadi setiap orang.
Didalam laman ini, kita boleh membaca, komen dan berkomunikasi
dengan pemilik blog tersebut tanpa ada sebarang
sekatan dan sebagainya. Melalui blog ini juga, kita
dapat pelbagai pengetahuan tentang isu semasa,
masalah-masalah yang melanda Malaysia ketika ini dan sebagainya.

Kita dapat lihat laman blog ini kadang-kala mencerminkan
diri kita sendiri bagaimana kita mengeluarkan pendapat
dan idea untuk dikongsi bersama pembaca atau
pengunjung blog itu. Dari segi itulah kita dapat menilai
kematangan otak anak muda yang baru meningkat naik ini
tentang kehidupan seharian dan juga tentang masalah
atau isu-isu semasa dinegara kita. Blog juga dijadikan
sebagai tempat untuk berkongsi semua maslah dengan
pembaca yang lain. Namun tidak semua pengguna blog
menggunakannya sebagai tempat mencurah masalah.
Apa yang pastinya mereka gunakan blog untuk mencipta
identiti diri mereka sendiri.

Antara salah satu laman yang menarik
minat anak muda sekrang ialah e-mail. Laman ini boleh menyimpan
pelbagai maklumat yang dikongsi bersama pengguna internet yang lain.
Sebagai contohnya, jika seorang pelajar menginginkan
maklumat tentang tempat lahir sebenar P.Ramlee. Namun
maklumat yang diperolehi amat mengelirukan dan pelajar
terbabit tidak dapat maklumat yang tepat.
Jadi, pelajar tersebut boleh menghantar pertanyaan atau
soalan tentang kemushkilannya itu ke arkib Negara atau
muzium Negara melalui e-mail sahaja. Hanya perlu dapatkan
alamat e-mail muzium Negara dan berhubung t
erus dengan pihak mereka. Mungkin 2-3 jam selepas
pertanyaan itu dibuat, pelajar tersebut akan dapat kembali
maklumat yang dicari melalui alamat e-mailnya sendiri yang
telah dibalas oleh pihak muzium Negara sebagai contohnya.
Kelebihan ini digunakan semakin meluas dalam pembangunan ekonomi
Negara pada zaman sekarang.
Melalaui internet juga kita dapat mengetahui
pelbagai maklumat tentang luar dan dalam Negara.
Pelajar dan anak muda pada zaman sekarang semakin pantas
mengejar pembangunan dan perkembangan teknologi yang
semakin hari semakin bijak mengatur manusia.
Perkembangan dunia internet ini juga amat
memberangsangkan apabila kesemua urusan dan
tugasan seharian kita menggunakan internet sebagai
penghubung utama. Pembayaran bil, kemaskini akaun bank,
dan sebagainya semuanya menggunakan internet.

Maka tidah hairanlah mengapa anak muda
memilih untuk menggunakan internet sebagai sumber
utama mereka untuk mendapatkan sesuatu maklumat
dan sebagainya. Apa yang penting, remaja atau anak muda
pada zaman sekarang perlu berfikir dengan lebih tajam,
kreatif dan kritis untuk memastikan teknologi sekarang
tidak memakan diri kita sendiri suatu hari nanti, terutamannya
dalam dunia tanpa sempadan ini. Setiap orang perlu ada inisiatif
tersendiri untuk melihat aspek ini samada dari segi buruk atau baiknya sesuatu kerja itu.

Monday, February 23, 2009

PTPTN???

ramai yang mengamuk ptptn dapat lambat kan..
semua garu kepala sebab semua tak der duit dah..
nak buat macam mana kawan2..
nak dapat duit bukan senang kan..
srirebung sendiri berpengalaman dalam hal ni..
ianya berlaku pada tahun ni..
bulan lepas..
srirebung bersama teman baik, cencalok,
kami berdua memang pelanggan utama ptptn setiap sem..
memandangkan keluarga tak mampu sangat..
(kami sedar diri ok)
ptptn bagi masa 3 hari untuk proses tanda tangan
so kami pun mengatur langkah
hari sabtu pukul 7 pagi kami naik bus dari sek.7
sampai kompleks sukan,
kami turun dan mula beratur dari depan kolej.."....."
kami beratur selama lebih kurang 2 jam..
sampai jer depan pintu masuk..
num dah habis...
kami balik umah..
(sedey sangat)
esok nyer pegi lagi..
kali ni srirebung buat kerja giler...
bawak moto tanpa lesen jam 5 pagi...
sebab???
PTPTN punyer pasal...
jam 5 pagi srirebung panaskan enjin moto..dengan cencalok..
moto tu ihsan kawan baik srirebung iaitu pakupakis
(tq beb!)
tapi sayang,
pakupakis tak tahu yang srirebung tak de lesen..
pastu kami terus meredah
pintu belakang uitm tepat2 jam 6 pagi..
pak cik guard baru celik mata..
sampai jer kat kompleks sukan,
kami beratur lagi..
tak der num lagi..
kami balik umah..
tido sejam..
pastu kawan srirebung mesej ajak g buat kat puncak perdana..
(yahooooo....balik puncakkkkk)
kami pun bergerak lah 5 orang g puncak..
hasilnya???
orang ptptn cakap , budak induk buat kat induk..
kami pun balik lah...
esoknya kami ponteng kelas
tapi dapat jugak selesaikan ptptn ni..
balik umah lega sangat2...
seminggu selepas tu srirebung kena beli buku..
RM70 sebiji..
kena beli dalam 2-3 biji untuk subjek tertentu..
terpaksalah srirebung mintak duit ngan mama dan abah..
tapi hati ni tuhan jer tahu..
tunggu punya tunggu..
tak der jugak ptptn ni..
semua dah naik berang..
tapi srirebung dan kawan2 amik langkah bijak
tepon terus opis ptptn (pakai hp srirebung tau)
diaorang cakap hujung bulan 2 atau awal bulan 3..
pada mulanya kami agak terkejut..
namun lama kelamaan srirebung REDHA dengan PTPTN ni..
so kepada kawan2..sabar lah yer..
kita tunggu jer nanti..
nak dapat duit memang susah..
nak g sign kontrak pun dah amik masa 2-3 ari..
ni kan pulak nak tunggu duit masuk..
SABAR K KAWAN2...
HIDUP MEMANG MACAM NI..
KITA SELALU D UJI..Aminn