Monday, March 2, 2009

GENERASI MUDA LEBIH GEMARKAN BERITA DALAM TALIAN
Generasi muda pada zaman moden sekarang gemar
menggunakan berita dalam talian atau lebih dikenali sebagai internet.
Isu ini sangat kuat mengatakan yang mereka lebih cenderung
untuk belajar tentang sesuatu yang baru dalam kehidupan seharian.
Sebagaimana yang kita tahu, internet merupakan satu fenomena baru yang membawa
perubahan kepada ekonomi, masyarakat dan individu secara umumnya.
Kita sering kaitkan generasi muda dengan sesuatu yang baru.
Oleh sebab itu mereka telah terdidik untuk mencuba
sesuatu yang baru yang yang boleh memberi kelainan kepada mereka.
Mereka tidak akan fikir tentang keburukan atau kebaikan apa
sahaja yang mereka ingin lakukan.
Terutamanya dalam penggunaan internet, mereka
tidak mempunyai sekatan apa-apa
untuk melayari terus aliran tersebut. Malah mereka sangat
bijak untuk mencari sesuatu yang berlainan dalam kehidupan mereka seharian.

Sebagai contoh, Malaysia sekarang mempunyai penduduk
yang semakin hari semakin bertambah. Kita dapat lihat ramai
anak muda atau golongan muda yang sedang meningkat naik.
Mereka kebanyakkannya berpelajaran tinggi dan setiap
salah seorang dari mereka memang meminati internet.
Mereka mempunyai alas an yang kukuh kenapa mereka menyukai internet.
Contohnya pelajar institusi pengajian tinggi,
diploma, kebanyakkan kerja kursus yang diberi memerlukan maklumat yang banyak.
Mereka tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk menalaah buku
yang mengandungi 100 muka surat hanya untuk mendapatkan maklumat.

Dari aspek inilah mereka memilih internet untuk menjadi
teman ketika mereka memerlukan maklumat atau apa-apa sahaja keperluan yang mereka inginkan. Pelajar ijazah, banyak menggunakan teori-teori untuk
menyiapkan setiap kerja kursus yang diberikan.
Mereka memang tidak mempunyai masa untuk ke perpustakaan
dan mencari buku-buku ilmiah semata-mata hanya untuk mendapatkan satu teori sahaja.
Mereka akan menggunakan internet untuk mencari
teori tersebut dan akan ditunjukkan kepada pensyarah
terlebih dahulu barulah mereka akan ke perpustakaan
dan mencari buku yang berkenaan dengan teori tersebut.

Sebagai pelajar, itulah cara terbaik yang digunakan
untuk mendapatkan pelbagai maklumat. Kadang-kadang
maklumat yang ada dalam internet tidak boleh dijumpai diluar.
Sebagai contohnya, pelajar tersebut dikehendaki untuk menyiasat
tentang mana asalnya Monalisa dan sejarah keluarga turun temurunnya.
Di Malaysia kita tidak megah dengan buku-buku ilmiah.
Oleh sebab itu ramai pelajar sekarang lebih gemar untuk menggunakan internet.
Pelbagai maklumat mereka boleh perolehi.
Taip sahaja kata kekunci maklumat yang ingin dicari,
beribu maklumat yang akan keluar. Kita hanya memilih yang
mana terbaik dan simpan.
Fenomena internet ini memang menjimatkan masa para penggunanya.
Walaupun begitu ada juga anak muda yang menggunakan
internet sebagai tempat untuk berkenalan dengan pelbagai
kaum, bangsa dan agama didalam dan luar Negara.
Contohnya, anak muda sekarang gemarkan laman
Friendster, Myspace dan sebaginya. Mereka menggunakan
kemudahan ini untuk berkenalan dan sebagainya.
Namun setiap perkara tetap ada baik dan buruknya.
Kebanyakkan remaja atau anak muda yang terlalu asyik dengan aktiviti ini,
mengundang kepada pelbagai masalah sosial yang lain.
Mereka mungkin terdedah dengan masalah-masalah
seperti mengandung luar nikah, lari rumah dan macam-macam lagi.
Namun tidak semua anak muda yang menggunakan kelebihan internet
kearah yang keburukan.
Mereka gemarkan internet kerana membantu mereka
dalam banyak perkara. Pelajaran, hiburan,
pengetahuan dan sebagainya.
Kebanyakkan dari mereka juga sekarang
memilih untuk membaca akhbar dalam internet.
Alasan yang diberikan ialah jimat masa dan tenaga.
Secara puratanya, pelajar akan menelaah
pelajaran 6-7 jam sehari selain daripada waktu kuliah atau kelas.
Masa untuk membaca mungkin lebih kurang 3 jam sahaja.
Dan selebihnya menghafal, mengira dan sebagainya.
Waktu yang ada itulah digunakan untuk
mereka melayari internet dan mencari bahan
pembelajaran yang diperlukan.
Dalam masa yang sama, mereka hanya menggunakan 30 minit
sahaja untuk mengetahui semua berita-berita yang terkandung
dalam akhbar setiap hari tanpa keluar dan beli akhbar tersebut di pekan.
Itulah kemudahan yang digunakan anak muda zaman sekarang
tanpa mengeluarkan wang dan sebagainya,
mereka mampu untuk berdiri lebih baik daripada zaman-zaman dahulu.
Kadangkala mereka juga banyak membuang masa mencari
sesuatu yang tidak berfaedah dalam internet.
Maksudnya sesuatu yang tidak sepatutnya mereka tahu dan pelajari.
Tetapi sudah menjadi sebatian dalam diri remaja dan anak muda,
mereka ingin mencuba. Samada ianya mendatangkan hasil yang buruk atau baik,
itu tidak penting. Apa yang mereka tahu,
maklumat yang diigini sampai dan tepat.
Pelajar atau anak muda yang obses dengan internet boleh
membawa wabak yang serius dalam kehidupan sehariannya.
Sebagaimana yang kita tahu,
internet mempunyai pelbagai maklumat
samada hiburan sehinggalah kepada informasi sesuatu.
Apa yang penting, internet memang menjadi kegilaan remaja
dan anak muda pada zaman yang serba moden ini.
Mereka sekarang lebih berani untuk muat turun video
atau lagu-lagu kegemaran mereka. Ini kerana
internet menyediakan pelbagai kemudahan untuk
dimuat turun tanpa sebarang bayaran. Mereka boleh
dengar kembali lagu-lagu piring hitam yang
dicipta sebelum kelahiran mereka lagi.
Semuanya terletak dihujung jari. Tanpa perlu fikir
tentang tajuk lagu atau apa sahaja.
Hanya taip “lagu evergreen”, semua maklumat akan keluar.
Dengan hanya semudah itu sahaja.
Mereka tidak perlu keluar ke kedai-kedai cd
dan kaset untuk mencari bahan tersebut.

Mereka juga sekarang boleh membuat laman web tersendiri
untuk berkongsi pengalaman, masalah dan sebagainya.
Paling popular sekarang ialah laman Blogger.
Laman ini menyediakan laman peribadi setiap orang.
Didalam laman ini, kita boleh membaca, komen dan berkomunikasi
dengan pemilik blog tersebut tanpa ada sebarang
sekatan dan sebagainya. Melalui blog ini juga, kita
dapat pelbagai pengetahuan tentang isu semasa,
masalah-masalah yang melanda Malaysia ketika ini dan sebagainya.

Kita dapat lihat laman blog ini kadang-kala mencerminkan
diri kita sendiri bagaimana kita mengeluarkan pendapat
dan idea untuk dikongsi bersama pembaca atau
pengunjung blog itu. Dari segi itulah kita dapat menilai
kematangan otak anak muda yang baru meningkat naik ini
tentang kehidupan seharian dan juga tentang masalah
atau isu-isu semasa dinegara kita. Blog juga dijadikan
sebagai tempat untuk berkongsi semua maslah dengan
pembaca yang lain. Namun tidak semua pengguna blog
menggunakannya sebagai tempat mencurah masalah.
Apa yang pastinya mereka gunakan blog untuk mencipta
identiti diri mereka sendiri.

Antara salah satu laman yang menarik
minat anak muda sekrang ialah e-mail. Laman ini boleh menyimpan
pelbagai maklumat yang dikongsi bersama pengguna internet yang lain.
Sebagai contohnya, jika seorang pelajar menginginkan
maklumat tentang tempat lahir sebenar P.Ramlee. Namun
maklumat yang diperolehi amat mengelirukan dan pelajar
terbabit tidak dapat maklumat yang tepat.
Jadi, pelajar tersebut boleh menghantar pertanyaan atau
soalan tentang kemushkilannya itu ke arkib Negara atau
muzium Negara melalui e-mail sahaja. Hanya perlu dapatkan
alamat e-mail muzium Negara dan berhubung t
erus dengan pihak mereka. Mungkin 2-3 jam selepas
pertanyaan itu dibuat, pelajar tersebut akan dapat kembali
maklumat yang dicari melalui alamat e-mailnya sendiri yang
telah dibalas oleh pihak muzium Negara sebagai contohnya.
Kelebihan ini digunakan semakin meluas dalam pembangunan ekonomi
Negara pada zaman sekarang.
Melalaui internet juga kita dapat mengetahui
pelbagai maklumat tentang luar dan dalam Negara.
Pelajar dan anak muda pada zaman sekarang semakin pantas
mengejar pembangunan dan perkembangan teknologi yang
semakin hari semakin bijak mengatur manusia.
Perkembangan dunia internet ini juga amat
memberangsangkan apabila kesemua urusan dan
tugasan seharian kita menggunakan internet sebagai
penghubung utama. Pembayaran bil, kemaskini akaun bank,
dan sebagainya semuanya menggunakan internet.

Maka tidah hairanlah mengapa anak muda
memilih untuk menggunakan internet sebagai sumber
utama mereka untuk mendapatkan sesuatu maklumat
dan sebagainya. Apa yang penting, remaja atau anak muda
pada zaman sekarang perlu berfikir dengan lebih tajam,
kreatif dan kritis untuk memastikan teknologi sekarang
tidak memakan diri kita sendiri suatu hari nanti, terutamannya
dalam dunia tanpa sempadan ini. Setiap orang perlu ada inisiatif
tersendiri untuk melihat aspek ini samada dari segi buruk atau baiknya sesuatu kerja itu.

No comments:

Post a Comment